Wednesday, July 24, 2013

Tips Ketenangan Hati 3

Bismillahirrohmanirrohim...

Cara lain yang sangat menampakkan kesannya yang sukar diceritakan ialah memperbanyakkan & mengamalkan solat2 sunnat. Sebagai permulaan, cubalah Qobliyah & Ba'diyyah dengan istiqomah.. Apabila tiba waktu2 malas atau berat atau letih.. gagahkan juga mendirikan solat2 sunnat tersebut.. insyAllah tidak berapa lama jika terus diamalkan, ketenangan itu akan tiba.. sukar diceritakan ketenangan yang bagaimana? Jika sebelum ini kita asyik berfikiran negatif, selepas ni dah hilang yg negatif tu.. jika risau itu dan ini.. insyaAllah kerisauan itu akan seakan2 "hilang" walaupun ia tetap disitu tetapi ia hanya sekadar kerisauan yang tidak smpai mengganggu hati.

kemudian, marilah kitra cuba mengamalkan Solat Sunnat Dhuha setiap hari.. khasiatnya Subhanallah.. siapa yang amalkan dia akan "rasa" ketenangan itu yang sgt mahal harganya.. tidak dijual dimana2 kedai atau butik ;) Disampaing amalan2 solat sunnat.. marilah kita istiqomah solat fardhu di awal waktu sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

banyak lagi tips ketengangan hati.. saya pelajari di kuliah Wisata Hati oleh Yusuf Mansur.. Pembaca bolehlah tonton video di YouTube. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan pastekan kuliah bertulis beliau disini.
~Moga manfaat bersama.. ameen:)

Thursday, June 6, 2013

Tips Ketenangan Hati 2

subhanallah, Allah masih memberi kesihatan dan keselesaan untuk meneruskan entry lagi..

Mari kita jaga hati supaya sentiasa yang masuk ke dalamnya ialah ilham2 yang baik.. Ilham2 dari Allah.. Bilamana ada kesempatan bagi syaitan menyelit ditengah2 kelemahan kita, melalui ilham2 tidak baik, cepat2 istighfar, istighfar, istighfar.. mohon doa pd Allah supaya Allah bantu kita utk mengawal perasaan dan menjauhi godaan syaitan yang direjam.

Istighfar itu menghapuskan dosa2 selama mana tidak melakukan dosa2 besar. Sebagai manusia kita senantiasa berdosa. Cukuplah berdosa apabila merasa diri tidak berdosa.

Subhanallah.. Maha Pengampunnya Allah dengan istighfar saja boleh menggugurkan dosa.

bersambung..

Tips Ketenangan Hati

Bismillahorrohmanirrohim
Segala puji2an hanya milik Allah Tuhan sekalian alam, segala puja puji itu dikembalikan kepdaNya jua.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Pembawa rahmat sekalian alam, Penghulu kita yang mulia.

Semoga Allah mengampunkan saya dan kita semua,

Ingin saya mengongsikan sedikit ilmu yang diketahui melalui kuliah2 dan sedikit pengalaman yang tidak seberapa ini. Mudah2an manfaat bersama.

MENGAPA HATI TIDAK TENANG?

Hati itu adalah rumahnya bagi kebaikan/ keburukan. Seperti sabda Nabi SAW bahawa dlm diri manusia itu ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh manusia itu, jika buruk maka buruklah manusia itu. Daging yang seketul itu ialah hati.

Makanya sedapat mungkin kita mestilah menjaga hati ini yang sentiasa akan dihuni samada oleh kebaikan / keburukan. Setiap detik itu hati akan mendapat ilham. Ilham yag baik adalah dari Allah , ilham yang tidak baik adalah dari syaitan. Maka, marilah kita sama2 menjaga hati kita supaya ia bersih dan sentiasa mendapat ilham dari Allah. insyaAllah..ameen

..bersambung

Saturday, May 18, 2013

Kita Tidak Mengenal Allah Sebaik Kita Mengenal Makanan Ketika Lapar, Minuman Ketika Dahaga

Subhanallah.. intro yang sangat menjentik tauhid kita kepada Allah.. Penakluk segala kemustahilan dan segala permasalah dalam hidup kita.

Memang benar, jika ada hajat, masalah, atau apa2 sahaja urusan.. mintalah dengan cara sebaik2nya kepada yang mengatur segala urusan di alam jagat ini.. iaitu Allah. Yang MAHA Penyayang dan MAHA Mendengar.
cara seperti yang dianjurkan ialah:
1. Wuduk
2. Solat
3. Baca Quran
4. Berdoalah dengan sesungguhnya
5. Bersedekah
6. Sabar, Pasrah & Redha apa saja ketentuanNya


anda lihatlah keajaiban2 dan sungguh Allah itu MAHA Penyayang!
Wallahua'lam


Thursday, May 16, 2013

Cara Menghilangkan Jerawat dan Mengawalnya

Bismillahirrohmanirrohim

Segala puji bagi Allah dan selawat & salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW, keluarga dan [ara sahabat baginda.

Wahai adik2 yang kak Maria sayangi,
Masalah biasa kepada kebanyakan wanita ialah masalah kulit. Dan yang paling popular ialah -jerawat.

entry ini bukanlah utk memperkenalkan kepada anda apakah itu jerawat dan kenapa ia tumbuh subur di wajah atau badan anda kerana umum mengetahui ia adalah disebabkan oleh kelenjar sebum yang terlebih aktif dan menyebabkannya merembeskan minyak yang mana minyak ini menyumbat pori2 kulit dan kotoran/ bakteria yang terkumpul itu menyebabkan jerawat- dengan izin Allah jua :)

CARA PALING BERKESAN MENGHINDARI JERAWAT:

NOMBOR SATU
Elakkan makan AYAM BIASA yang dijual dikedai2 BIASA.
Q: eh, ada ke ayam yang luar biasa?
A: ada

huraian kak Maria:
Ayam biasa yang dijual dikedai itu, diternak secara komersial. Mereka (ayam-ayam itulah..) disuntik dgn mcm2 "bahan tambah" dengan tujuan memudahkan ayam2 tersebut membesar dgn kurang atau hampir tiada penyakit. Ini akan memaksimakan pulangan keuntungan penternak ayam.

APA KAITAN PENTERNAK AYAM DENGAN JERAWAT KAT MUKA SAYA?

ayam2 tersebut disuntik hormon-hormon tertentu utk seperti tujuan yang dinyatakan di atas. Contohnya hormon penggemuk, hormon pelembut daging, lagi ntah ape2 hormon lagilah termasuklah antibiotik.. Jika dibincang lebih dalam lagi.. timbul soal halal ke hormon2 tersebut? antibiotik tersebut halal ke? oppss.. dihalalkan bila darurat? bile pulak daruratnye kepada penternak-penternak sekalian?

kenapa HPA boleh je ternak ayam tanpa antibiotik dan hormon? siap boleh bagi ayam2 tu makan herba malah herba organik lagi! Thumbs-up HPA!

Ataukah darurat kepada pemakan ayam? hai.. bukanlah takde makanan lain ye dak?

Diingatkan..hormon2 tersebut membawa kesan sampingan terhadap pemakan daging2 ayam tersebut.

sudahlah mereka yang berjerawat ni hormonnya terlebih aktif (*ingat tak teori kelenjar sebum terlalu aktif menghasilkan minyak? -ini semua kerja hormon okey)

Kerana inilah mereka yang allergik, kalau makan ayam ni, mereka akan "gatal2" atau bersin2.. ape2lah bergantung pd individu. Orang tua kata darah kotor. Ni kerja hormonlah.. hormon anda dah bercelaru sbb daging ayam yg mengandungi hormon2 tadi dh "masuk" dalam badan. Sebab tu org tua2 tak kasi wanita dalam pantang makan ayam. Walhal ayam sebenarnya sgt baik khasiatnya memberi protein yg diperlukan tubuh. Bukanlah ayam tu tak boleh dimakan..... TAPI sebab ayam2 moden skrg disuntik mcm2.. ia bakal mengganggu mereka yg hormon tak stabil lagi mcm org lepas bersalin jugak. hormon belum stabil dari mengandung tetibe bersalin.. haa mesti ada perubahan hormon kan.. so, time tu jgnlah diganggu gugat dgn hormon2 luar yang tak perlu tu.. bakal merosak kesihatan ibu baru bersalin. -dengan izin Allah jua :)

okeylah.. rasanya takat ni pembaca dah boleh faham kan..?

ALTERNATIF AYAM


Bukanlah bermakna anda tidak boleh mamakan ayam sepanjang hayat kerana nk elak jerawat!. Anda boleh makan ayam yang diternak secara sendiri (terdapat di kawasan kampung) yang penternaknya tidak memberi hprmon atau antibiotik kpd ayam2 ternakan mereka.


atau boleh juga beli AYAM ORGANIK. Bab ni saya sangat berterima kasih kepada Syarikat Herba Penawar Al-Wahida (HPA) kerana membuka jalan kepada masyarakat Islam khususnya utk mendapatkan ayam yang HALALAN TOYYIBA.

mereka yang berjerawat, silalah serbu kedai HPA hari ini juga. bolehlah guna id number ahli saya kalau nk dapat harga ahli ya.... 377528 (Maria)

SUSAH DAPAT AYAM ORGANIK?

jika sukar mendapatkannya, bolehlah anda makan jelah ayam yang diual kat kedai tu.. tp jgn mkn byk sangat.. control2 lah.. tapi kalau dh hampir setiap hari makan walaupun sedikit.. lama2 teruk juga kan? jerawat akan keluar juga dgn jayanya.. hehe

SELEPAS MAKAN AYAM (AYAM TERNAK BERHORMON)

Sila ambil perhatian..!

Apabila anda memakan ayam berhormon tersebut, dan mahu mengelakkan jerawat, makanlah Vitamin C. Keluarga saya selalu hanya ambil 2 ke 3 sudu makan Pati Delima Gulsan sebelum tidur apabila mendapati telah memakan ayam berhormon pada hari tersebut. Memang sangat2 berkesan. Malah Pati Delima Gulsan juga mencerahkan kulit anda! Mungkin sebab vitamin C tu kot.. kulit nampak cerah sedikit kalau rajin minum.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Pati Delima Gulsan ini. Harga RM50 sahaja untuk 3botol. Tidak termasuk postage. Hububgi Maria/ Mohd: 012- 4688 580

Kalau takde Gulsan, boleh makan Minyak Kelapa Dara (VCO) sebelum tidur, insyaAllah sifat anti-histamin di dalamnya membantu melawan bendasing yang masuk dlm badan yang memberi kesan allergik. Brand yang dicadangkan ialah: Halagel.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan VCO Halagel ini. Dijamin Halal (softgel diperbuat dari yang halal)
Harga RM45 tidak termasuk postage ya. Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580

insyaAllah.. dengan izinNya jua jerawat yang tak di undang dapt dielakkan. :)

ada lagi beberapa tips lani.. bersambung di lain hari.. insyaAllah. Selamat menghambat jerawat dek.. ;)

wallahua'lam






Wednesday, May 15, 2013

MENGAMBIL BERAT KEPADA HALAL DAN HARAM KOSMETIK/ GINCU/ LIPSTIK



Bismillahirrohmanirrohim

Selawat dan salam kepada junjugan mulia Rasulullah SAW. ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Mengambil berat akan makanan & pakaian dan mengajaganya supaya sentiasa keadaannya dari segi zat fizikal (bahan buatannya) mahupun hukum menggunakan/ memakainya adalah Halal merupakan suatu perkara yang wajib kpd seorang yang bergelar muslim.

Islam mewajibkan kita mengambil makanan, pakaian yang halal DAN ianya mestilah dari sumber yang halal.

Kosmetik halal merupakan satu daripada kelas "pakaian" iaitu barang yang dipakai di kulit. mungkin ia bukanlah pakaian dari segi maksudnya yang sebenar. tetapi pakaian yang membawa erti ianya digunakan di luar maka bolehlah dianggap sebahagian dari pakaian. manakala bahan yang dimakan/ diminum pula dikelaskan sebagai makanan/ minuman.

Namun, sedarkah kita akan bahan2 kosmetik yang bagaikan kembar kepada setiap wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik, menarik atau sekurang2nya tidak mahu kelihatan selekeh atau pucat?

Bahan2 haram banyak digunakan secara meluas dalam industri kosmetik ini terutamanya lelemak haiwan.
baiklah jika pengilang mengatakan mereka menggunakan lelemak haiwan selain dari babi,  dengan istilah "pork free" atau "strickly no pork" maka adakah istilah-istilah ini menjamin bahawa bahan lelemak itu ialah bahan yang halal?

Berapa ramai pengilang yang sedar dan faham akan perkara ini?
Berapa ramai pengilang2 itu ialah muslim?
Jikapun pengilang itu muslim.. adakah ia menjamin pengilang terbabit telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan mencari dan memastikan bahan-bahan yg digunakan sebagai ramuan kosmetik tersebut benar-benar HALAL?

Kita selalu serahkan kepada orang lain utk memegang tanggungjawab memastikan halal/ haram bahan/ barang-barang gunaan/ makanan/minuman kita. Jikalau begitulah kita.. tidak mustahil pengilang2 terbabit juga seperti kita dengan menyerahkan tanggungjawab itu kepada supplier bahan mentah mereka pula.

Maka, siapakah dan bagaimanakah kita mahu memastikan bahan-bahan kosmetik tersebut halal? apabila pengilang juga seperti kita (dengan bersikap nampak ok je.... mcm halal je... sudah dikira halal)?

Di sini, segala puji bagi Allah, pihak JAKIM telah mengambil tanggungjawab mengeluarkan garis panduan dan mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar2 produk yang menepati syarat2 dan panduan produk halal seperti yang digariskan oleh Islam. Malah bukan hanya bahan2 ramuan perlu halal untuk mendapat sijil halal tersebut, tetapi bahan2 tersebut juga mestilah suci dan penyediaannya mestilah dalam keadaan yang bersih lagi baik. Yakni JAKIM meletakkan syarat ianya mestilah HALALAN TOYYIBA (Halal lagi baik) ini termasuk ianya mestilah halal, suci, baik (tidak memudaratkan pengguna)

Saya sendiri bertemu dengan pengeluar barang kosmetik yang kami pasarkan ini, dan setelah diberi penerangan betapa JAKIM memang benar-benar mengambil serius akan ke-HALALAN & TOYYIB produk-produk yang bakal diberi pengiktirafan halal JAKIM, saya sungguh kagum usaha JAKIM memastikan pengeluar yang mendapat sijil pengiktirafan Halal JAKIM benar2 menghasilkan produk yang bukan sahaja halal malah Toyyib (suci lagi baik) sehinggakan gam yang digunakan utk melekatkan kotak produk mestilah dari bahan yang halal dan tidak memudaratkan pengguna. Subhanallah!

Semoga usaha2 sebegini bakal memartabatkan lagi industri halal dan menggalakkan pengilang2/pengeluar2 produk menghasilkan produk yang halal & toyyib. dan mencari alternatif yang halal & toyyib bagi menggantikan bahan2 tertentu yang tidak dibenarkan syara'

Marilah kita sama2 fikirkan, barang2 gunaan kita, kita yang pakai & guna. Ambil beratlah akan status halal/ haramnya. tepuk dada tanya iman.

~wallahua'lam

Tuesday, March 19, 2013

Bacaan Yang Menyentuh Hati ~Beutiful Surah Dhuha Recitation



Subhanallah! Bacaan yang sungguh merdu dan menyetuh hati.. indahnya AlQuran! semoga dapat kita sama2 amalkan.. surah dhuha dan amalkan Solat Dhuha.. ameen. :)

Sunday, February 17, 2013

Lipstik / Gincu 7 Pilihan Warna Menarik



Gincu / Lipstik yang selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Sesuai juga untuk bibir yang sensitif terhadap bahan kimia yang biasa terdapat dalam lipstik. Cubalah hari ini, anda tidak kecewa, insyaAllah.. :)




 1. Satin Peach
Ton Pertama paling mendekati natural dan sedikit berkilat. Warna pastel yang menterjemahkan kesederhanaan si kulit cerah.

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580




2. Rich Coral
Warna lembut dan trendy. Warna pastel yang nampak natural kepada si kulit cerah.

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580





3. Royal Pink
Warna yang mewah, lembut & manja tetapi bersemangat! Sesuai untuk remaja dan wanita dewasa.

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580




4. Hot Red
Merah cili. Sesuai untuk kulit cerah hingga sawo matang. Warna seksi ini menampilkan jiwa yang muda, aktif dan berani. Tiada kesan kilat.

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580





5. Silky Rose
Warna yang tidak berkilat dan kesan matte. Menampakkan anda seorang yang anggun dan berketrampilan. Matang dalam membuat keputusan & manja! Sesuai untuk mereka berkulit sederhana cerah.

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580






6. Brown
 Warna natural yang "selamat". Manjadi pilihan wanita berkulit sederhana hingga gelap. Tiada kesan kilat. Tidak terlalu menoonjol dan kesan matte yang nampak klasik!

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580





7. Natural Magic
Warna yang selamat dan sesuai untuk mereka yang aktif kerana sesuai digayakan bagi kebanyakan majlis. Ia berubah mengikut suhu badan anda. Bagi wanita yang sentiasa sibuk dan mahu "selamat" dalam memilih kesesuaian warna pakaian dan suasana.

Harga : RM16.90 only!

Kos Penghantaran : SM RM6.00 SS RM10.00
Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580








Saturday, February 16, 2013

Eye Shadow (Pembayang Mata) halal

Long lasting. Terdapat dalam 4 set warna-warna yang menggoda

Harga: SM RM 18.90  SS RM 21.70
Diluluskan oleh KKM
MAL 07020947KV

Kos Penghantaran: RM6.00



Make-up Foundation

Long lasting foundation.
Terdapat dalam 3 warna yang mempesonakan dengan extrak aloevera untuk merawat kulit disamping melembapkannya supaya kelihatan segar dan glowing!.

Harga: SS RM 49.90  SS RM 54.90
Diluluskan oleh KKM     NOT080100320K

Kos Penghantaran: RM6.00
Hubungi Maria: 012- 4688 580

Deodorant Halal

Dirumus khas untuk mengawal peluh dan menghilangkan bau badan secara efektif. Ianya kekal lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Dengan extrak aloevera untuk memelihara kulit & istimewa tanpa alkohol

Harga: SM RM7.90  SS RM 9.20
Diluluskan oleh KKM
MAL 07061167K

Kos Penghantaran: RM6.00

Cute Series Compact Powder

Bedak kompak yang halus dan dihasilkan mengikut warna kulit wanita asia, terbuat dari serbuk mutiara dan bahan bahan alami yang sesuai dipakai setiap hari.

Warna pilihan: Light, Natural, Fair
Harga: SM RM7.90  SS RM 9.20
Diluluskan oleh KKM
MAL 06020693

Kos Penghantaran: RM6.00

Bedak Kompak Halal (Compact Powder)

Bedak kompak ini dihasilkan daripada bedak halus dan suci, kulit anda akan cantik secara natural.
Kandungan extrak aloevera di dalamnya memberi perawatan kepada kulit sepanjang memakainya.

Warna pilihan: Natural & Light

Harga : SM RM19.90 only!  SS RM22.90

Diluluskan oleh KKM  MAL 06020312 KV
Kos Penghantaran: RM 6.00    Hubungi Maria/ Mohd: 012- 4688 580

Kepentingan Mencari Yang Halal

Menyedari akan masalah wanita muslimah yang mencari kosmetik halal, halalsihatcantik.blogspot.com dibina. Menyediakan produk-produk kosmetik yang selamat digunakan oleh pengguna disamping yang lebih utama lagi ianya adalah produk keluaran bumiputera Islam yang Halal. Ia telah mendapat pengiktirafan JAKIM.


Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar atau tidak terfikir bahawa kosmetik yang kita gunakan mengandungi lelemak haiwan yang diragui. Pengalaman berada di dalam industri berkaitan suatu ketika dahulu menyedarkan saya bahawa lelemak yang digunakan secara meluas di dalam industri kosmetik, makanan ringan, dll ialah lemak khinzir kerana ianya paling murah di pasaran. Pembuat produk yang rata-rata bukan Islam barangkali tidak faham akan pengertian sebenar HALAL itu sendiri. Bukan setakat daging haiwan khinzir itu tidak boleh dimakan, malah lebih dari itu.


Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kita tidak pernah dipaksa untuk memiliki produk tidak halal tersebut. Kitalah dengan secara rela memilikinya tanpa kita sedari akan status ramuan kandungannya.

Bagaimanapun, itu bukanlah alasan kepada mereka yang mahu terus menerus kelihatan cantik. Ada yang tidak mempedulikannya dengan alasan usahlah menyulitkan keadaan kerana Islam itu mudah. Ya, benar. Islam itu mudah tetapi usah dipermudahkan. DAN ingatlah ini ~MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU!

Marilah kita lebih cakna akan hal mendapatkan kosmetik halal ini. Gincu / lipstik halal, compact powder ( bedak padat) halal, foundation halal, eye-shadow (pembayang mata) halal dan lain-lain.




Mencari Yang Halal itu Fardhu

Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan sebenar ialah kecantikan dalaman yang bakal melahirkan kecantikan luaran.

Berbagai usaha dilakukan oleh wanita untuk sentiasa kelihatan cantik di mata mahupun di hati.

Semenjak dahulu lagi pelbagai bahan digunakan untuk membantu mempertingkatkan kecantikan samada bahan sementara seperti celak, pemerah pipi, bau-bauan, dan lain-lain atau bersifat tahan lama inai dan pewarna rambut.

Di zaman moden ini, produk2 kosmetik dengan mudah saja boleh didapati di kedai-kedai/ pasaraya.
Bagaimanapun, sedarkah anda kebanyakan bahan2 ini mengandungi lelemak (yang sangat diragui), bahan2 kima seperti plumbum, merkuri dan lain2?

Menyedari akan hal ini, saya berasa terpanggil untuk memperkenalkan kepada anda kosmetik yang Halal dan selamat digunakan tanpa plumbum/ kimia berbahaya! Ianya telah mendapat pengiktirafan JAKIM dari segi halal & Toyyib. Maka anda tidak perlu merasa ragu atau was-was akan bahan2 yang terkandung di dalamnya; disamping boleh kelihatan cantik dan menawan dihadapan suami tersayang.. :) dengan menggunakan kosmetik setanding jenama antarabangsa!