Saturday, February 16, 2013

Kepentingan Mencari Yang Halal

Menyedari akan masalah wanita muslimah yang mencari kosmetik halal, halalsihatcantik.blogspot.com dibina. Menyediakan produk-produk kosmetik yang selamat digunakan oleh pengguna disamping yang lebih utama lagi ianya adalah produk keluaran bumiputera Islam yang Halal. Ia telah mendapat pengiktirafan JAKIM.


Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar atau tidak terfikir bahawa kosmetik yang kita gunakan mengandungi lelemak haiwan yang diragui. Pengalaman berada di dalam industri berkaitan suatu ketika dahulu menyedarkan saya bahawa lelemak yang digunakan secara meluas di dalam industri kosmetik, makanan ringan, dll ialah lemak khinzir kerana ianya paling murah di pasaran. Pembuat produk yang rata-rata bukan Islam barangkali tidak faham akan pengertian sebenar HALAL itu sendiri. Bukan setakat daging haiwan khinzir itu tidak boleh dimakan, malah lebih dari itu.


Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kita tidak pernah dipaksa untuk memiliki produk tidak halal tersebut. Kitalah dengan secara rela memilikinya tanpa kita sedari akan status ramuan kandungannya.

Bagaimanapun, itu bukanlah alasan kepada mereka yang mahu terus menerus kelihatan cantik. Ada yang tidak mempedulikannya dengan alasan usahlah menyulitkan keadaan kerana Islam itu mudah. Ya, benar. Islam itu mudah tetapi usah dipermudahkan. DAN ingatlah ini ~MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU!

Marilah kita lebih cakna akan hal mendapatkan kosmetik halal ini. Gincu / lipstik halal, compact powder ( bedak padat) halal, foundation halal, eye-shadow (pembayang mata) halal dan lain-lain.




No comments:

Post a Comment