Lipstik Halal

Wednesday, July 24, 2013

Tips Ketenangan Hati 3

Bismillahirrohmanirrohim...

Cara lain yang sangat menampakkan kesannya yang sukar diceritakan ialah memperbanyakkan & mengamalkan solat2 sunnat. Sebagai permulaan, cubalah Qobliyah & Ba'diyyah dengan istiqomah.. Apabila tiba waktu2 malas atau berat atau letih.. gagahkan juga mendirikan solat2 sunnat tersebut.. insyAllah tidak berapa lama jika terus diamalkan, ketenangan itu akan tiba.. sukar diceritakan ketenangan yang bagaimana? Jika sebelum ini kita asyik berfikiran negatif, selepas ni dah hilang yg negatif tu.. jika risau itu dan ini.. insyaAllah kerisauan itu akan seakan2 "hilang" walaupun ia tetap disitu tetapi ia hanya sekadar kerisauan yang tidak smpai mengganggu hati.

kemudian, marilah kitra cuba mengamalkan Solat Sunnat Dhuha setiap hari.. khasiatnya Subhanallah.. siapa yang amalkan dia akan "rasa" ketenangan itu yang sgt mahal harganya.. tidak dijual dimana2 kedai atau butik ;) Disampaing amalan2 solat sunnat.. marilah kita istiqomah solat fardhu di awal waktu sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

banyak lagi tips ketengangan hati.. saya pelajari di kuliah Wisata Hati oleh Yusuf Mansur.. Pembaca bolehlah tonton video di YouTube. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan pastekan kuliah bertulis beliau disini.
~Moga manfaat bersama.. ameen:)

Thursday, June 6, 2013

Tips Ketenangan Hati 2

subhanallah, Allah masih memberi kesihatan dan keselesaan untuk meneruskan entry lagi..

Mari kita jaga hati supaya sentiasa yang masuk ke dalamnya ialah ilham2 yang baik.. Ilham2 dari Allah.. Bilamana ada kesempatan bagi syaitan menyelit ditengah2 kelemahan kita, melalui ilham2 tidak baik, cepat2 istighfar, istighfar, istighfar.. mohon doa pd Allah supaya Allah bantu kita utk mengawal perasaan dan menjauhi godaan syaitan yang direjam.

Istighfar itu menghapuskan dosa2 selama mana tidak melakukan dosa2 besar. Sebagai manusia kita senantiasa berdosa. Cukuplah berdosa apabila merasa diri tidak berdosa.

Subhanallah.. Maha Pengampunnya Allah dengan istighfar saja boleh menggugurkan dosa.

bersambung..

Tips Ketenangan Hati

Bismillahorrohmanirrohim
Segala puji2an hanya milik Allah Tuhan sekalian alam, segala puja puji itu dikembalikan kepdaNya jua.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Pembawa rahmat sekalian alam, Penghulu kita yang mulia.

Semoga Allah mengampunkan saya dan kita semua,

Ingin saya mengongsikan sedikit ilmu yang diketahui melalui kuliah2 dan sedikit pengalaman yang tidak seberapa ini. Mudah2an manfaat bersama.

MENGAPA HATI TIDAK TENANG?

Hati itu adalah rumahnya bagi kebaikan/ keburukan. Seperti sabda Nabi SAW bahawa dlm diri manusia itu ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh manusia itu, jika buruk maka buruklah manusia itu. Daging yang seketul itu ialah hati.

Makanya sedapat mungkin kita mestilah menjaga hati ini yang sentiasa akan dihuni samada oleh kebaikan / keburukan. Setiap detik itu hati akan mendapat ilham. Ilham yag baik adalah dari Allah , ilham yang tidak baik adalah dari syaitan. Maka, marilah kita sama2 menjaga hati kita supaya ia bersih dan sentiasa mendapat ilham dari Allah. insyaAllah..ameen

..bersambung

Saturday, May 18, 2013

Kita Tidak Mengenal Allah Sebaik Kita Mengenal Makanan Ketika Lapar, Minuman Ketika Dahaga

Subhanallah.. intro yang sangat menjentik tauhid kita kepada Allah.. Penakluk segala kemustahilan dan segala permasalah dalam hidup kita.

Memang benar, jika ada hajat, masalah, atau apa2 sahaja urusan.. mintalah dengan cara sebaik2nya kepada yang mengatur segala urusan di alam jagat ini.. iaitu Allah. Yang MAHA Penyayang dan MAHA Mendengar.
cara seperti yang dianjurkan ialah:
1. Wuduk
2. Solat
3. Baca Quran
4. Berdoalah dengan sesungguhnya
5. Bersedekah
6. Sabar, Pasrah & Redha apa saja ketentuanNya


anda lihatlah keajaiban2 dan sungguh Allah itu MAHA Penyayang!
Wallahua'lam