Wednesday, May 15, 2013

MENGAMBIL BERAT KEPADA HALAL DAN HARAM KOSMETIK/ GINCU/ LIPSTIK



Bismillahirrohmanirrohim

Selawat dan salam kepada junjugan mulia Rasulullah SAW. ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Mengambil berat akan makanan & pakaian dan mengajaganya supaya sentiasa keadaannya dari segi zat fizikal (bahan buatannya) mahupun hukum menggunakan/ memakainya adalah Halal merupakan suatu perkara yang wajib kpd seorang yang bergelar muslim.

Islam mewajibkan kita mengambil makanan, pakaian yang halal DAN ianya mestilah dari sumber yang halal.

Kosmetik halal merupakan satu daripada kelas "pakaian" iaitu barang yang dipakai di kulit. mungkin ia bukanlah pakaian dari segi maksudnya yang sebenar. tetapi pakaian yang membawa erti ianya digunakan di luar maka bolehlah dianggap sebahagian dari pakaian. manakala bahan yang dimakan/ diminum pula dikelaskan sebagai makanan/ minuman.

Namun, sedarkah kita akan bahan2 kosmetik yang bagaikan kembar kepada setiap wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik, menarik atau sekurang2nya tidak mahu kelihatan selekeh atau pucat?

Bahan2 haram banyak digunakan secara meluas dalam industri kosmetik ini terutamanya lelemak haiwan.
baiklah jika pengilang mengatakan mereka menggunakan lelemak haiwan selain dari babi,  dengan istilah "pork free" atau "strickly no pork" maka adakah istilah-istilah ini menjamin bahawa bahan lelemak itu ialah bahan yang halal?

Berapa ramai pengilang yang sedar dan faham akan perkara ini?
Berapa ramai pengilang2 itu ialah muslim?
Jikapun pengilang itu muslim.. adakah ia menjamin pengilang terbabit telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan mencari dan memastikan bahan-bahan yg digunakan sebagai ramuan kosmetik tersebut benar-benar HALAL?

Kita selalu serahkan kepada orang lain utk memegang tanggungjawab memastikan halal/ haram bahan/ barang-barang gunaan/ makanan/minuman kita. Jikalau begitulah kita.. tidak mustahil pengilang2 terbabit juga seperti kita dengan menyerahkan tanggungjawab itu kepada supplier bahan mentah mereka pula.

Maka, siapakah dan bagaimanakah kita mahu memastikan bahan-bahan kosmetik tersebut halal? apabila pengilang juga seperti kita (dengan bersikap nampak ok je.... mcm halal je... sudah dikira halal)?

Di sini, segala puji bagi Allah, pihak JAKIM telah mengambil tanggungjawab mengeluarkan garis panduan dan mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar2 produk yang menepati syarat2 dan panduan produk halal seperti yang digariskan oleh Islam. Malah bukan hanya bahan2 ramuan perlu halal untuk mendapat sijil halal tersebut, tetapi bahan2 tersebut juga mestilah suci dan penyediaannya mestilah dalam keadaan yang bersih lagi baik. Yakni JAKIM meletakkan syarat ianya mestilah HALALAN TOYYIBA (Halal lagi baik) ini termasuk ianya mestilah halal, suci, baik (tidak memudaratkan pengguna)

Saya sendiri bertemu dengan pengeluar barang kosmetik yang kami pasarkan ini, dan setelah diberi penerangan betapa JAKIM memang benar-benar mengambil serius akan ke-HALALAN & TOYYIB produk-produk yang bakal diberi pengiktirafan halal JAKIM, saya sungguh kagum usaha JAKIM memastikan pengeluar yang mendapat sijil pengiktirafan Halal JAKIM benar2 menghasilkan produk yang bukan sahaja halal malah Toyyib (suci lagi baik) sehinggakan gam yang digunakan utk melekatkan kotak produk mestilah dari bahan yang halal dan tidak memudaratkan pengguna. Subhanallah!

Semoga usaha2 sebegini bakal memartabatkan lagi industri halal dan menggalakkan pengilang2/pengeluar2 produk menghasilkan produk yang halal & toyyib. dan mencari alternatif yang halal & toyyib bagi menggantikan bahan2 tertentu yang tidak dibenarkan syara'

Marilah kita sama2 fikirkan, barang2 gunaan kita, kita yang pakai & guna. Ambil beratlah akan status halal/ haramnya. tepuk dada tanya iman.

~wallahua'lam

No comments:

Post a Comment